'Mini kasino' berselindung di sebalik pusat snuker diserbu
Iklan
JOHOR BAHRU - Polis berjaya membongkar kegiatan perjudian di dua buah premis di Taman Sentosa di sini yang dijadikan ‘mini kasino’ dan menahan 40 lelaki serta 17 wanita yang terdiri daripada warga tempatan dan asing dalam dua serbuan berasingan semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka yang berumur antara 13 dan 70 tahun itu ditahan dalam serbuan bermula pada 12 tengah hari susulan maklumat orang awam serta hasil risikan dan siasatan sejak minggu lepas.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, dalam serbuan pertama di sebuah premis di Jalan Sentosa 2, polis menahan 19 lelaki serta lima wanita termasuk seorang wanita rakyat Singapura dan menemukan sebuah mini kasino yang berselindung di sebalik pusat latihan snuker dipercayai baru beroperasi dua hari lalu.
Menurutnya dalam serbuan kedua di sebuah rumah tumpangan yang bahagian dalamnya diubah suai menjadi mini kasino di Jalan Rusa pula, polis menahan 21 lelaki dan 12 wanita termasuk enam wanita warga negara China serta seorang wanita Indonesia.
Iklan
"Polis percaya sindiket judi berkenaan sebelum ini beroperasi di tempat lain dan mereka sering mengubah lokasi untuk elak dihidu pihak berkuasa,” kata beliau yang ditemui pemberita dalam operasi berkenaan, lewat malam tadi.
Ayob Khan berkata, kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>