Tujuh maut letupan di utara China

Iklan
Tujuh terbunuh dan seorang lagi cedera dalam letupan di sebuah kilang polietilena wilayah Hebei, utara China. Foto hiasan

SHIJIAZHUANG - Tujuh terbunuh dan seorang lagi cedera dalam letupan di sebuah kilang polietilena wilayah Hebei, utara China, kata pemerintah tempatan hari ini.

Letupan berlaku kira-kira jam 6 petang Khamis di wilayah Wuji, menurut pemerintah daerah.

Iklan
Iklan

Pasukan penyelamat segera bergegas ke tempat kejadian, lapor agensi berita Xinhua. Kerja mencari dan menyelamat secara amnya selesai. Siasatan mengenai punca letupan masih dijalankan. - Bernama