KELAB bola sepak Johor Darul Ta’zim menghormati dan memahami tindakan kerajaan tidak membenarkan pasukan itu ke Doha untuk menyertai saingan Liga Juara-Juara AFC 2020 (ACL) atas faktor keselamatan memandangkan terdapat peningkatan kes Covid-19.
Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, pasukan itu telah dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa mereka tidak diberikan kebenaran untuk terbang ke Doha, Qatar.