Persiapan Perayaan Deepavali

Iklan
Peniaga sibuk menyusun bunga kekwa dan kalungan bunga malai untuk dijual kepada orang ramai di kedainya untuk menyambut perayaan Deepavali yang bakal disambut 14 November ini ketika tinjauan di Little India Brickfields hari ini. Sempena sambutan Pesta Cahaya ini, para penganut Hindu dinasihatkan kekal mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan berikutan pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Foto Bernama