Pelajar Malaysia terkandas banjir di Indonesia pulang ke tanah air malam ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai 12 pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang terkandas susulan banjir besar di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia dijangka pulang malam ini dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 12.20 tengah malam.
Jurucakap Wisma Putra berkata, mereka yang terdiri daripada 10 pelajar wanita dan dua lelaki itu berada di kawasan berkenaan bagi menjalani latihan perindustrian dalam sektor pembuatan batik.