Lelaki ditemui leher hampir putus
Iklan
Seorang lelaki warga Myanmar ditemui berlumuran darah dan cedera pada leher dalam satu kejadian di Pasir Puteh. - Foto pembaca
PASIR PUTEH - Seorang lelaki disyaki warga Myanmar ditemui berlumuran darah dan cedera parah dengan keadaan leher hampir putus dalam satu kejadian di sini malam tadi.
Kejadian itu kemudian tular rentetan orang ramai berkongsi satu rakaman video berdurasi 33 saat yang memaparkan seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah dengan leher hampir putus menerusi aplikasi WhatsApp.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Azmir Damiri mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
"Kita terima maklumat berhubung kejadian pada jam 7.30 malam selepas dimaklumkan pihak Hospital Tengku Anis (HTA).
Iklan
"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini untuk mengetahui punca sebenar kejadian," katanya kepada media di sini hari ini.
Pada masa sama beliau berkata, polis masih belum dapat mengesahkan punca kecederaan mangsa.
Iklan
"Selepas menerima aduan, polis ke wad kecemasan hospital untuk menyoal siasat mangsa, namun urusan soal siasat akan disambung memandangkan ketika ini keadaan mangsa (kecederaan) agak parah di leher dan tidak boleh bercakap.
"Cuma pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan dipercayai warga Myanmar," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>