Diskriminasi pesakit tidak bantu lawan Covid-19
Iklan
Dr Nor Azimi Yunus
DUNGUN – Tindakan sesetengah pemilik premis menghalang warga Ketengah Jaya, Dungun daripada memasuki premis perniagaan ekoran terdapat kes positif di kawasan itu adalah tidak wajar.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, ia adalah satu bentuk stigma dan diskriminasi kepada pesakit Covid-19 sekali gus boleh merosakkan keharmonian dalam sesebuah masyarakat.
Iklan
Iklan
"Perkara itu tidak wajar berlaku kerana ia bukan kaedah untuk mencapai kemenangan dalam melawan Covid-19 bahkan ia bakal merosakkan keharmonian dalam sesebuah masyarakat.
"Tiada sebab mengapa warga Ketengah Jaya atau Rasau tidak dibenarkan memasuki premis tertentu kerana kes positif di Ketengah Jaya bukan bertebar di seluruh mukim Rasau seperti anggapan masyarakat. Setakat ini, ia tertumpu kepada lokaliti tertentu sahaja,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.
Iklan
Beliau berkata, tindakan itu sebaliknya menunjukkan ketakutan yang agak keterlaluan dan menunjukkan masyarakat masih belum faham mengenai risiko jangkitan penyakit berkenaan.
"Apabila pesakit Covid-19 dikesan mereka akan diasingkan segera dan dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan. Mana-mana kontak rapat kepada kes positif tadi juga akan diasingkan dan dibuat saringan serta dimasukkan ke pusat kuarantin selama 14 hari.
Iklan
"Jadi risiko penularan Covid-19 oleh kes-kes positif ataupun kontak rapat tadi kepada komuniti sangat rendah disebabkan mereka semua sudah diasingkan dari komuniti kecuali penularan berlaku sebelum mereka diasingkan atau ada kes yang masih belum dikesan,” katanya.
Mengulas situasi terkini di Ketengah Jaya, katanya, setakat ini 22 kes positif di kesan di situ dan pihaknya masih membuat pengesanan secara aktif.
Sehubungan itu, katanya, beliau meminta supaya masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak penularan wabak berkenaan.
"Risiko penularan sangat rendah sekiranya kita semua mengamalkan pematuhan SOP yang ketat seperti pemakaian pelitup muka, penjarakkan fizikal, hadkan pergerakan dan sentiasa cuci tangan.
"Ia sepatutnya mencukupi untuk mengurangkan risiko seseorang daripada mendapat jangkitan Covid -19 melainkan jika terlalu ramai mereka yang telah dijangkiti di kawasan Ketengah Jaya,” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal