Kerajaan galak usahawan muda ternak arnab
Iklan
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan terus memberi galakan kepada usahawan muda untuk memperhebat penternakan arnab daging di negara ini.
PERMAISURI - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan terus memberi galakan kepada usahawan muda untuk memperhebat penternakan arnab daging di negara ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, industri itu mempunyai potensi besar walaupun ia bukan komoditi utama negara.
Iklan
Iklan
"Sejak akhir-akhir ini, permintaan terhadap daging arnab semakin meningkat dan ia mampu menjadi alternatif kepada sumber protein selain lembu dan kambing.
"Penternakan arnab mempunyai pelbagai kelebihan termasuk pusingan ternakan yang singkat, kos operasi lebih rendah dan memberi pulangan yang cepat dan lumayan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Sempena Seminar Potensi Industri Arnab Pedaging dan Fertigasi Moden Untuk Usahawan Muda di Peladang Setiu Agro Resort di sini, malam tadi.
Iklan
Menurutnya, populasi terkini arnab di negara ini dianggarkan berjumlah 33,701 ekor meliputi arnab pedaging dan haiwan kesayangan.
"Pengeluaran daging arnab secara purata ialah sebanyak 1,000 kilogram (kg) sebulan dengan harga jualan RM35 sekilogram. Berat arnab biasanya antara 1kg hingga 1.6kg seekor dan arnab sudah boleh disembelih pada umur 60 hingga 90 hari,” katanya.
Iklan
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, pihaknya bersama-sama kerajaan negeri akan terus menyokong usaha kerajaan dalam memajukan industri itu menerusi pelaksanaan beberapa program khidmat nasihat serta menyediakan kursus penternakan.
"Setakat ini kami telah bantu tiga penternak berpotensi melalui Skim Agropreneur Muda dengan menyediakan bantuan sokongan berbentuk kelengkapan penternakan, infrastruktur dan makanan ternakan berjumlah RM60,000.
"JPV juga memberi bantuan baka induk sebagai pengeluar baka selain merancang membina sebuah rumah sembelih arnab berstatus halal di daerah Kuala Nerus,” katanya.
Tambahnya, produk berasaskan daging arnab seperti burger, arnab perap, arnab bakar, sate arnab dan produk lain sentiasa mendapat permintaan tinggi.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>