Larikan MPV polis: Bukit Aman mula siasatan dalaman
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan dalaman berhubung kes dua beradik dan seorang wanita disyaki melarikan sebuah kereta peronda (MPV) model Honda Civic 1.8S milik PDRM dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Sabtu lepas.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, JIPS akan menyiasat pelbagai sudut termasuk kemungkinan anggota yang bertugas cuai dalam membenarkan suspek membawa kereta berkenaan untuk pemeriksaan.