Covid-19: Aktiviti sosial di Ketengah Jaya ditangguhkan
Iklan
Notis penangguhan aktiviti sosial di Ketengah Jaya, Dungun berikutan kes Covid-19.
DUNGUN - Aktiviti sosial seperti keramaian, kenduri dan program berskala besar di Ketengah Jaya ditangguhkan selama 14 hari bermula 26 Oktober hingga 9 November ini berikutan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di sana.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Dungun, Anuar Awang berkata, selain aktiviti berkenaan, semua pasar malam di kawasan itu juga ditangguhkan bermula tempoh sama.
Iklan
Iklan
Menurutnya, keputusan itu diambil sebagai langkah proaktif bagi mencegah penularan dan memutuskan rantaian Covid-19 di daerah Dungun dan Ketengah Jaya khususnya.
"Masyarakat disarankan untuk lebih menekankan aspek amalan normal baharu seperti sentiasa memakai pelitup muka ketika keluar rumah, sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman dan melakukan penjarakkan fizikal.
Iklan
"Jika ada individu tidak sihat, mereka diminta tidak bergerak ke tempat awam sebaliknya segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kesihatan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.
Anuar turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung situasi terkini Covid-19.
Iklan
Sehingga semalam, Terengganu merekodkan 176 kes positif Covid-19 dengan 21 kes aktif dan daerah Dungun merekodkan kes positif paling banyak iaitu 53 kes.
Terengganu juga mencatatkan empat jenis kluster iaitu Kluster Makekar, Kluster Bah Tanjung, Kluster Bah Sahabat, dan Kluster Bah Bemban.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>