KUCHING - Bapa mangsa kes letupan CityOne, Tchee Foh Hin bakal menerima sebuah rumah yang selesa di tanah miliknya di Stutong Baru, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.
Beliau berkata, rumah yang bernilai RM76,000 itu akan dibina di bawah Program Rumah Sejahteraku yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak.