UMNO kekal sokong kerajaan PN, tolak kerjasama PKR, DAP
Iklan
UMNO
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Setelah hampir empat jam bermesyuarat, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Hasil mesyuarat itu juga mengekalkan pendirian parti untuk menolak kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
Iklan
Iklan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli-ahli parlimen UMNO akan terus mendokong kerajaan PN.
"Majlis Tertinggi UMNO mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP. Ahli-ahli parlimen UMNO akan terus mendokong kerajaan PN.
Iklan
"UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai kehormatan dan political consensus," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebaik selesai mesyuarat kira-kira jam 12 tengah malam.
Terdahulu, Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO berlangsung sejak jam 8.30 malam.
Iklan
Ahmad Zahid berkata, antara lain yang diputuskan, UMNO menyarankan agar inisiatif Rekonsoliasi Nasional atau Agenda Pendamaian Nasional segera dilaksanakan dengan mengembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam Kerajaan PN dan juga parti-parti pembangkang.
"Mesyuarat juga mencadangkan supaya kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Sokongan kepada Anwar hanyalah kerjasama bersyarat tanpa DAP'
Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata UMNO turut menjunjung kasih di atas keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menolak permohonan pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan.
"Bagi UMNO, keputusan yang turut diperbincangkan dengan Majlis Raja-Raja tersebut adalah amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat.
"UMNO mendokong sepenuhnya titah dan saranan baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja supaya dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan," katanya.
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bagi membincangkan cadangan-cadangan yang dibangkitkan ketika mesyuarat melibatkan
Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) petang semalam.
Antara cadangan yang dibangkitkan adalah memberi sokongan kepada Anwar tanpa melibatkan kerjasama DAP.
Kenyataan Ahmad Zahid
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.