Desak Muhyiddin letak jawatan, ingkar titah Agong
Iklan
Mohd Rafiq Naizamohideen
SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen membidas sikap pemimpin serta parti politik yang dilihat cuba mencetuskan gerakan mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.
Tegas Mohd Rafiq, tindakan itu dilihat sebagai tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya semua pihak menghentikan segera politiking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas bercanggah dengan titah Seri Paduka yang meminta semua ahli Parlimen tidak meneruskan tindakan yang boleh mengganggu-gugat kestabilan kerajaan sedia ada.
"Seri Paduka dalam kenyataan semalam menegaskan kepercayaan yang tinggi terhadap keupayaan kerajaan pimpinan Muhyiddin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).
Iklan
"Seri Paduka juga secara jelas menitahkan semua pihak untuk menjayakan kelulusan Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada sidang Parlimen atas kesedaran peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas menangani wabak Covid-19 serta memulihkan semula ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia dan menerusi satu kenyataan dari Istana Negara semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan dalam mesyuarat khas Raja-Raja Melayu yang diadakan di Istana Negara pada hari sama.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan darurat
Mohd Rafiq berkata, pihak yang masih berusaha menjatuhkan Muhyiddin dan kerajaan PN jelas lebih mementingkan kepentingan politik peribadi berbanding nyawa dan kesihatan rakyat.
"Saya yakin, rakyat Malaysia cukup bijaksana untuk membuat perhitungan dan menghukum pihak yang tidak berhenti mencetuskan ketidaktentuan kerajaan, politik dan ekonomi negara pada hari ini," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan buat kenyataan sinis desak PM letak jawatan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>