Exco Kedah kembali bertugas selepas sembuh Covid-19
Iklan
SUNGAI PETANI - Exco Kerajaan Negeri Kedah, Azman Nasruddin sudah memulakan tugas rasminya semula selepas sembuh daripada jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas itu, sudah seminggu beliau dibenarkan keluar dari wad Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan memulakan tugas sejak beberapa hari lalu.