Sultan Selangor zahir ucapan takziah kemangkatan anakanda Sultan Brunei
Iklan
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan takziah di atas kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.
Perutusan takziah itu turut dizahirkan menerusi kemas kini di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.