Pimpinan Wanita PKR cabar Muhyiddin
Iklan
NURIN AINA
SHAH ALAM- Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan keutamaan kepada usul undi tidak percaya untuk dinaikkan sebagai usul pertama sebelum pembentangan bajet pada sesi Parlimen yang bakal bersidang pada 2 November ini.
Setiausaha Wanita Pusat, Nurin Aina berkata, ia sangat penting bagi membuktikan sama ada beliau benar-benar masih mempunyai majoriti atau tidak serta keabsahan yang tidak boleh diganggu gugat.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kestabilan kerajaan mesti dijamin melalui proses demokrasi berparlimen.
"Hal ini supaya tidak memberi risiko terhadap Bajet 2021 yang kemungkinan gagal diluluskan kerana Muhyiddin tiada majoriti. Ini dapat kita saksikan sendiri kegagalan Kabinet Perikatan Nasional (PN) besar tetapi tidak menterjemahkan kualiti dan peranan yang wajib dimainkan demi kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: 15 soalan dan jawapan berkaitan darurat
PM menghadap Agong di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota
Iklan
Spekulasi darurat: Muhyiddin menghadap Agong
Nurin berkata, tindakan terdesak yang diambil oleh Kabinet PN yang diketuai oleh Perdana Menteri untuk terus kekal berkuasa telah mengesahkan bahawa kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai sokongan kuat, hebat dan meyakinkan daripada ahli-ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.
"Kerajaan yang kuat diperlukan ketika negara mendepani cabaran pandemik koronavirus (Covid-19) dan krisis ekonomi yang semakin membimbangkan,” katanya.
Nurin berkata, ahli MPWP kini lengkap dengan pelantikan kesemua ketua wanita negeri - negeri selepas pelantikan Rubiah Onga sebagai Ketua Wanita Negeri Sabah.
"MPWP akan terus memberikan komitmen tinggi mengangkat suara rakyat, mendukung agenda reformasi dan memastikan penggubalan dasar baru yang dapat memberi solusi terhadap permasalahan rakyat,” katanya.
Anwar dakwa kerajaan guna alasan Covid-19 untuk kekal berkuasa
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.