Covid-19: Wisma Perkeso Seremban dibuka semula
Iklan
Wisma Perkeso Seremban dibuka semula hari ini selepas ditutup sejak semalam, bagi menjalankan kerja sanitasi bangunan itu. - Foto Facebook Perkeso Negeri Sembilan
SEREMBAN - Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Seremban dibuka semula hari ini selepas ditutup sejak semalam, bagi menjalankan kerja sanitasi bangunan itu susulan seorang petugas di premis berkenaan didapati positif koronavirus (Covid-19).
Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, Fuad Alias berkata, orang ramai diminta supaya tidak bimbang kerana anggota Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKPP) Negeri Sembilan yang berkhidmat di wisma Perkeso Seremban itu, didapati positif Covid-19 sewaktu pulang ke kampung halamannya di Labuan.
Iklan
Iklan
"Petugas itu pulang menaiki kapal terbang ke kampung halamannya di Labuan pada Jumaat lepas. Saya difahamkan beliau diarahkan menjalani ujian saringan oleh Kementerian Kesihatan, setelah mengenal pasti salah seorang penumpang dalam kapal terbang terbabit disahkan positif Covid-19.
"Ujian saringan menunjukkan beliau positif Covid-19 di sana dan kini staf JKPP berkenaan masih berada di Labuan menjalani rawatan susulan di hospital,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Iklan
Fuad berkata, 12 kontak rapat telah dikenal pasti dan mereka diarahkan untuk melakukan kuarantin kendiri di rumah, termasuk enam orang yang sudah menjalani ujian calitan tetapi masih menunggu keputusan.
Beliau berkata, pelanggan Perkeso diminta supaya tidak bimbang, kerana premis sudah disanitasi dan ia selamat dibuka kepada orang awam.
Iklan
"Premis ini juga menerapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kepada pelanggan yang ingin berurusan di sini, selain memastikan penjarakkan fizikal,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>