Peruntukan RM300,000 baik pulih rumah Datuk Maharajalela
Iklan
IPOH - Kerajaan Perak meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi membaik pulih rumah Datuk Maharajalela yang terletak dalam Kompleks Sejarah Pasir Salak di sini.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, pihaknya kesal dengan keadaan rumah pahlawan Melayu yang telah daif itu.