Dr Maszlee kemuka usul tangguh urusan kerajaan
Iklan
Maszlee menghantar satu usul di bawah Peraturan 90(2) untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15(1) & beberapa peraturan mesyuarat lain yang berkaitan supaya PM tidak lagi boleh berselindung di sebalik teknikal undang-undang.
KUALA LUMPUR - Satu usul supaya Dewan Rakyat akan datang menangguhkan terlebih dahulu urusan kerajaan buat sementara untuk memberi laluan kepada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri didengar dan diputuskan.
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik berkata, usul itu penting bagi memastikan keabsahan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali gus menentukan kestabilan politik negara.
Iklan
Iklan
"Saya sebagai Ahli Parlimen menghantar satu usul di bawah Peraturan 90(2) untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15(1) & beberapa peraturan mesyuarat lain yang berkaitan supaya PM tak lagi boleh berselindung di sebalik teknikal undang-undang,” menurutnya dalam kenyataan media menerusi status bebenang di akaun Twitternya hari ini.
Menurutnya, usul menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15(1) di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa urusan kerajaan perlu didahulukan berbanding urusan lain itu telah dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun pada 16 Okt lepas.
Iklan
"Bererti melalui usul ini, saya meminta Dewan Rakyat membuat keputusan supaya urusan kerajaan ditangguhkan sementara dan usul undi tidak percaya yang dibawa Yang Berhormat Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) terhadap Perdana Menteri dibaca dan diputuskan terlebih dahulu,” katanya.
Usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin pertama kali dikemukakan Dr Mahathir pada persidangan Dewan Rakyat Mei lalu selepas diterima bekas Yang Dipertua Dewan Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof dan dibawa pada persidangan Julai, namun usul itu tidak sempat dibahaskan.
Iklan
Pada 14 Oktober lalu, Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menggesa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri diberi keutamaan untuk dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula 2 November ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan usul undi tidak percaya
Ku Li berhak kemuka usul, kata Annuar
'Undi tidak percaya perlu jadi agenda utama demokrasi'
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berpandangan usul tersebut penting dalam menentukan bahawa Perdana Menteri mendapat kepercayaan Dewan Rakyat selaras dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Rentetan gesaan itu, pada 16 Oktober lepas, seramai 16 Ahli Parlimen mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas dijadual berlangsung dari 2 November sehingga 15 Disember. Persidangan kali ini akan turut menyaksikan pembentangan Belanjawan 2021, yang dijadualkan pada 6 November. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>