Tiada sebab Muhyiddin perlu berundur

Iklan
Muhyiddin Yassin dan Mohamed Farid Mohamed Zawawi

KOTA BHARU - Tiada keperluan untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalah mahupun berundur daripada tampuk pemerintahan negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, pemimpin nombor satu negara itu sudah membuktikan bahawa beliau layak mengemudi Malaysia dengan baik sepanjang tempoh diberikan.

Iklan
Iklan

"Dari segi tanggungjawab, seseorang pemimpin itu juga sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain terutamanya dari segi menjaga kebajikan rakyat, termasuklah bagaimana cara kerajaan Malaysia melawan koronavirus (Covid-19).

"Sekarang ini banyak isu politik diperkatakan. Kadang-kadang berita dan maklumat itu tidak sahih pun. Cuma satu saja yang saya nak sebut, Muhyiddin sudah lakukan yang terbaik untuk Kabinet dia," katanya kepada media di sini.

Iklan

Terdahulu, beliau ditemui semasa meluangkan masa menyantuni pengayuh beca di Pasar Siti Khadijah di sini hari ini.

Sinar Harian hari ini melaporkan mengenai kenyataan beberapa penganalisis politik yang berpendapat Muhyiddin perlu mengalah untuk selamatkan kerajaan Perikatan Nasional.

Iklan

Kenyataan tersebut juga mendapat reaksi pelbagai pihak terutamanya pendukung parti itu yang sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhyiddin.