Anwar diminta hadir ke Bukit Aman esok
Iklan
KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta hadir ke Bukit Aman esok untuk siasatan penyebaran senarai nama 121 ahli Parlimen yang didakwa menyokong pimpinannya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, sehingga kini, sebanyak 113 laporan telah diterima pihaknya berhubung kes terbabit.