IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak yang baharu berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pelantikan tersebut dibuat bagi menggantikan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.