TAWAU - Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila tersangkut pada saluran paip pembetungan najis berhampiran tangga di Tingkat 4, Blok E, Flat Sri Titingan di sini, ketika sedang bermain bersama rakannya pagi tadi.
Dalam kejadian 8.30 pagi itu, kanak-kanak berumur 11 tahun terbabit terpaksa menahan kesakitan lebih 20 minit akibat kakinya tersepit di celah paip sebelum diselamatkan anggota bomba.