TV Sarawak mula bersiaran hari ini
Iklan
TV Sarawak mula bersiaran hari ini
SHAH ALAM - Sarawak yang merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai stesen televisyen sendiri dikenali sebagai TV Sarawak mula bersiaran pada hari ini di saluran 122 Astro.
Pelancaran TV Sarawak akan disempurnakan Yang Di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud esok sempena sambutan ulang tahun kelahirannya.
Iklan
Iklan
Pada Sabtu lalu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Jhari Tun Openg berkata, TV Sarawak akan menyiarkan keunikan kebudayaan dan kesenian masyarakat pelbagai kaum di Bunmi Kenyalang.
Selain itu, TV Sarawak juga mengetengahkan bakat anak Sarawak yang mencipta nama sama ada dalam mahupun di luar negara.
Iklan
"Ini membolehkan kita berhubung dengan orang luar dan mereka dapat melihat apa yang ada di Sarawak. Kesemua program kita (terbitkan) sendiri.
"Saya juga maklumkan kepada beliau (Tun Abdul Taib) bahawa TV Sarawak akan menyiarkan kembali Bintang P Ramlee (program pertandingan) dan pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri menerusi TV Sarawak,” katanya pada Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Tengah Sarawak pada Sabtu lalu.
Iklan
TV Sarawak adalah di bawah kendalian Sarawak Media Group Sdn Bhd, sebuah syarikat GLC yang diketuai oleh Suhaimi Sulaiman yang berpengalaman luas dalam bidang penyiaran sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'"><meta itemprop="description" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian, 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AjaranSesat #TanahPerkuburan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T06:21:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZkqoC1fLsFUTv0-h8/x120"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9wwvpo"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9wwvpo"></script>