Rasuah: Timbalan pendakwa raya direman enam hari
Iklan
Seorang timbalan pendakwa raya direman enam hari kerana disyaki menerima wang suapan berjumlah RM345,000 sebagai balasan menyelesaikan kes penipuan melibatkan urusan jual beli tanah.
PUTRAJAYA - Seorang timbalan pendakwa raya direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki menerima wang suapan berjumlah RM345,000 sebagai balasan menyelesaikan kes penipuan melibatkan urusan jual beli tanah.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman sehingga 15 Oktober ini, selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam ketika hadir memberi keterangan.
"Suspek dipercayai menerima suapan daripada individu bergelar Datuk pada tahun 2016 dan ketika itu dia bertugas sebagai di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.
Iklan
"Sekarang bertugas sebagai timbalan pendakwa raya di Selangor. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009,” katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>