UMNO teliti dahulu hasil pertemuan Anwar: Ahmad Zahid
Iklan
Keterangan gambar - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
SHAH ALAM - UMNO akan meneliti hasil pertemuan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober ini.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, pendirian UMNO jelas seperti keputusan Majlis Kerja Tertinggi terdahulu.
Iklan
Iklan
Ia mengenai dakwaan Anwar bahawa beliau mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk menghadap pada hari Selasa depan.
Presiden PKR itu turut memaklumkan akan mengemukakan dokumentasi majoriti Ahli Parlimen yang kuat dan meyakinkan seperti yang beliau pernah sebutkan sebelum ini.
Iklan
Anwar juga meminta rakyat Malaysia untuk tenang, menjaga kesihatan dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berjalan.
Anwar pada 23 September lalu mengadakan sidang media untuk mengatakan bahawa beliau mempunyai 'majoriti kuat dan meyakinkan' di Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.
Iklan
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah ahli Parlimen yang menyokongnya dan mengatakan hanya akan melakukannya setelah mengadakan pertemuan dengan Yang DiPertuan Agong.
Ahmad Zahid dalam satu kenyataan selepas itu menyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional tidak dapat menghalang sekiranya ada ahli Parlimen dari parti itu yang menyokong Anwar.
ARTIKEL BERKAITAN: Anwar menghadap Agong Selasa ini
Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'"><meta itemprop="description" content="'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak terjejas walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menjadikan pilihan raya sebagai medan permusuhan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786379/berita/politik/kalah-atau-menang-prn-johor-saya-tetap-perdana-menteri
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T10:28:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalbuji"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalbuji"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalbuji"></script>