Taufan Delta tiba di Mexico

Iklan
Pelancong dipindahkan dari hotel di Puerto Morelos, Quintana Roo State, Mexico, sebagai persediaan ketibaan Taufan Delta. -AFP

MEXICO - Taufan Delta membadai pantai Caribbean awal hari ini dengan membawa angin kuat berkelajuan 110 kilometer sejam, kata pegawai ramalan cuaca Amerika Syarikat (AS).

Pusat Taufan Kebangsaan berkata, taufan terbabit dikatakan semakin lemah dan memasuki Kategori Dua ketika membadai Semenanjung Yucatan berhampiran bandar Puerto Morelos.

Iklan
Iklan

Ribuan pelancong berkumpul di tempat perlindungan kecemasan di pusat peranginan utama tatkala ribut itu dianggap berpotensi mengancam nyawa.

Tatkala taufan diturunkan pada Kategori Tiga semasa ia menghampiri semenanjung hari ini ia berubah dan mencapai status Kategori Empat yang dianggap ‘sangat merbahaya’.

Iklan

Menurut wartawan AFP, taufan itu membadai pantai Riviera Maya iaitu lokasi kepada pusat peranginan utama termasuk bandar Cancun.

Sehingga hari ini, kebanyakan jalan di Cancun dilaporkan kosong, kedai ditutup dan pintu ditutup dengan kayu dan pita pelekat bagi mengelakkan ia pecah. - AFP

Iklan