Gangguan bekalan air Selangor

Iklan

Penduduk sekitar USJ 4/5 Subang Jaya sedang mendapatkan bekalan air bersih bagi kegunaan harian berikutan gangguan bekalan air selepas Sungai Semenyih mengalami pencemaran ketika tinjauan foto Bernama hari ini.

Pencemaran itu menyebabkan sebanyak 274 kawasan terjejas membabitkan 309,605 akaun pengguna di empat wilayah iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang serta mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran operasi di dua Loji Rawatan Air (LRA) dihentikan akibat insiden tersebut.

Iklan
Iklan