Gangguan bekalan air

Iklan
Penduduk di Pekan Bangi Lama kelihatan beratur untuk mendapatkan air bersih bagi kegunaan harian berikutan gangguan bekalan air yang berlaku selepas Sungai Semenyih mengalami pencemaran yang dikesan daripada bau bangkai hasil daripada bahan organik ketika tinjauan hari ini.

Pencemaran bau itu menyebabkan sebanyak 273 kawasan terjejas membabitkan 309,605 akaun pengguna di empat wilayah iaitu Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. - Foto Bernama