Kementerian Perpaduan Negara tangguh program libat perhimpunan
Iklan
Halimah Mohamed Sadique
PUTRAJAYA - Kementerian Perpaduan Negara mengarahkan penangguhan semua program yang membabitkan perhimpunan orang ramai melibatkan jentera di bawah kementerian tersebut berikutan kes Covid-19 yang meningkat sejak beberapa hari lalu.
Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique mengingatkan semua jentera perpaduan supaya mematuhi protokol kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta arahan kerajaan negeri yang berkaitan.
Iklan
Iklan
"Ini termasuk 8,274 Kawasan Rukun Tetangga (KRT), skim rondaan sukarela (5,321), Tabika Perpaduan (1,874) dan Taska Genius (41).
"Pelaksanaan aktiviti keagamaan di lebih 10,000 rumah ibadat bukan Islam dalam zon hijau dan kuning sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dipantau dan dikemas kini kementeriannya,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Menurutnya, semua kakitangan, jentera perpaduan dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa patuh kepada SOP.
"Amalkan normal baharu seperti pemakaian pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal dan sentiasa membersihkan tangan terutamanya ketika berada di tempat awam,” katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan"><meta itemprop="description" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah pasar awam di setiap negeri dibangunkan sebagai mercu tanda dan destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sasaran itu memberi tumpuan kepada pasar awam berpotensi, khususnya di kawasan pelancongan serta ibu negeri menerusi pendekatan transformasi reka bentuk dan kemudahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806572/berita/nasional/kpkt-sasar-satu-pasar-awam-setiap-negeri-jadi-produk-pelancongan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kpkt #pasarawam #produkpelancongan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T05:18:06.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xqom"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xqom"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xqom"></script>