Pacuan empat roda hilang kawalan rempuh 10 kenderaan
Iklan
IPOH - Sebanyak 10 buah kenderaan mengalami pelbagai kerosakan gara-gara sebuah pacuan empat roda mengalami masalah brek dan hilang kawalan di Jalan Raja Musa Aziz di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam kejadian pada jam11.50 pagi itu, sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki melalui jalan sehala tersebut untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di sini.