Dua kapal berlanggar di Perairan Tanjung Kling
Iklan
Kapal pengangkut pasir dilaporkan berlanggar dengan kapal tangki di Terminal Tanjung Bruas, Perairan Tanjung Kling di sini, semalam.
MELAKA TENGAH - Sebuah kapal pengangkut pasir berlanggar dengan kapal tangki dalam kejadian di 2.4 batu nautika arah barat daya Terminal Tanjung Bruas, Perairan Tanjung Kling di sini semalam.
Menerusi kenyataan media dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia (JLM), kejadian berlaku ketika kapal pengangkut pasir MV Ocean Line 5001 dari kawasan tambakan Kota Laksamana dalam perjalanan ke lokasi pengambilan pasir luar Had Pelabuhan Melaka kira-kira 11.30 pagi.
Iklan
Iklan
"MV Ocean Line melanggar bahagian tengah sebelah kiri kapal tangki, MT Strovocos yang pada ketika itu sedang berlabuh di dalam Had Pelabuhan Melaka.
"Perlanggaran itu mengakibatkan kedua-dua kapal mengalami kerosakan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan membabitkan anak kapal MT Strovocos dan MV Ocean Line itu," katanya.
Iklan
Kapal MV Oceanline 5001 melanggar bahagian tengah sebelah kiri sebuah kapal tangki, MT Strovocos yang sedang berlabuh sauh di dalam Had Pelabuhan Melaka.
Menurut kenyataan itu, kejadian juga tidak menyebabkan kedua-dua kapal tersebut tenggelam atau memberi ancaman pencemaran alam sekitar seperti tumpahan minyak.
"JLM melalui JLM Wilayah Tengah menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi memperincikan kejadian terbabit dan sentiasa memantau situasi tersebut bagi mengekalkan keselamatan pelayaran kapal-kapal serta penjagaan alam sekitar marin dari tercemar," katanya.
Iklan
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.