Selamatkan penalti, bantu Arsenal ke suku akhir

Iklan
Leno merebahkan badan bagi menyelamatkan sepakan penalti Wilson pada aksi 16 pasukan terbaik, awal pagi semalam. - Foto Gettyimages

PENJAGA gol Arsenal, Bernd Leno menyifatkan kejayaannya menyelamatkan sepakan penalti pada aksi Piala Liga berdepan Liverpool awal pagi semalam, telah membuktikannya sebagai penjaga gol nombor satu skuad The Gunners itu.

Leno berkata, kejayaan itu sekali gus diharap dapat menutup mulut pengkritik terutamanya setelah dia mempamerkan aksi goyah ketika Arsenal tewas 1-3 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada lawan sama Ahad lalu.

Iklan
Iklan

"Perlawanan ini adalah satu perlawanan yang sukar. Kami membuat beberapa pertukaran dan anda boleh lihat bagaimana kami mahu memenangi perlawanan ini.

"Kini setelah kami berjaya, ia membuka peluang untuk memenangi satu lagi trofi. Itu sasaran kami.

Iklan

Pada aksi peringkat 16 pasukan terbaik itu, Leno menyelamatkan sepakan penalti Harry Wilson sebelum Joe Willock menyempurnakan penalti terakhir bagi mengesahkan kemaraan Arsenal ke suku akhir kali ini.

Penjaga gol Jerman berusia 28 tahun itu turut mempamerkan aksi cemerlang dengan menyelamatkan banyak percubaan bahaya tuan rumah khususnya menerusi Diogo Jota, Virgil Van Dijk dan Marko Grujic.

Iklan

Sementara itu Leno berkata, dia sebenarnya lebih gemar jika perlawanan berkenaan berakhir tanpa perlu melalui penentuan sepakan penalti.

Katanya, apa yang paling penting bagi skuad The Gunners itu adalah untuk memenangi perlawanan berkenaan dan mara ke suku akhir.

"Saya lebih suka kalau perlawanan ini tidak berlanjutan ke penentuan sepakan penalti dan tamat mengikut masa sebenar perlawanan.

"Bagaimanapun ia nyata sesuatu yang baik apabila seseorang penjaga gol itu mampu beraksi dengan baik dan menyelamatkan sepakan penalti dalam perlawanan.