KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia Bhd melantik Sharifatu Laila Syed Ali sebagai Pengarah Berkepentingan Awam menyertai barisan Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 1 Oktober 2020.
Bursa Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata pengarah berkepentingan awam dilantik oleh Menteri Kewangan mengikut Seksyen 10(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.