Australia henti operasi menyelamat, lupus bangkai ikan paus

Iklan
Kira-kira 180 ikan paus berjaya diselamatkan dalam operasi mencabar di Sydney pada awal minggu lalu. - Foto Agensi

SYDNEY - Pegawai hidupan liar Australia hari ini mula melupuskan bangkai ikan paus selepas membuat kesimpulan tiada lagi harapan untuk menyelamatkan haiwan tersebut.

Kira-kira 180 ekor paus pilot tersebut berjaya diselamatkan selepas 470 mamalia terbabit ditemui di kawasan beting pasir di Macquarie Harbour di Pulau Tasmania pada awal minggu lalu.

Iklan
Iklan

Pengurus Taman dan Hidupan Liar, Rob Buck berkata, kira-kira 15 bangkai paus terbabit telah dilupuskan ke laut.

"Operasi untuk melupuskan baki hampir 350 bangkai mamalia tersebut dijangka mengambil masa beberapa hari," jelasnya.

Iklan

Difahamkan, bangkai ikan paus itu turut diasingkan kepada beberapa kumpulan dan ditempatkan di satu lokasi bagi mengelakkan jerung dan haiwan pemangsa lain.

"Kami berharap haiwan yang masih hidup dan dilepaskan semula ke laut dapat pulih daripada kejadian traumatik itu," katanya. - Agensi

Iklan