Kebocoran data penghidap HIV di Singapura

Iklan
Singapura mengeluarkan gambar Farrera-Brochez yang dipercayai mendalangi insiden kebocoran data itu.

SINGAPURA - Data sulit lebih 14,000 individu yang didiagnos dengan HIV termasuk pelancong asing telah dicuri di Singapura dan dibocorkan secara atas talian.

Insiden kebocoran data kesihatan 2016 itu didedahkan pihak berkuasa, semalam.

Iklan
Iklan

Mereka percaya seorang suspek warga Amerika Syarikat positif HIV dikenali sebagai Mikhy Farrea-Brochez yang merupakan rakan seorang doktor warga tempatan adalah dalang kebocoran data tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa bulan selepas rekod 1.5 juta rakyat Singapura termasuk Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dicuri pada tahun lalu.

Iklan

Maklumat sulit termasuk nama, alamat, status HIV dan data perubatan lain dilaporkan dicuri di bawah insiden kebocoran terbaharu itu.

"Butiran 5,400 rakyat Singapura dan 8,800 warga asing bertarikh sehingga Januari 2013 telah terjejas," menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Iklan

Sehingga 2015, warga asing termasuk pelancong yang disahkan positif HIV tidak dibenarkan melawat Singapura. - BBC