SESB buat persiapan rapi hadapi PRN
Iklan
SHAH ALAM - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini menegaskan pihaknya sudah membuat persediaan rapi sejak beberapa minggu lalu bagi memastikan 656 pusat mengundi di seluruh Sabah mendapat bekalan elektrik diperlukan.
Dalam kenyataan itu, SESB mengambil tanggungjawab itu untuk memastikan bekalan elektrik mencukupi semasa bermulanya proses pembuangan undi sehingga keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diperoleh.