'Jumpa sampah sila kutip'
Iklan
Mohamad Syafiq (duduk, tengah) bersama sebahagian orang ramai jawatankuasa yang bertanggungjawab menjayakan kempen Kelantanku Bersih selepas Kuliah Dhuha di sini.
JELI- Tahap kebersihan persekitaran yang masih memerlukan perhatian serius semua pihak mendorong Majlis Daerah Jeli (MDJ) terus memperkasakan usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan mewujudkan suasana bersih dalam kehidupan harian.
Penolong Pegawai Pembangunan Islam MDJ, Mohamad Syafiq Shamsuddin berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian serius terhadap program dan kempen kebersihan di daerah berkenaan selaras dengan Kempen Kelantanku Bersih anjuran kerajaan negeri.
Iklan
Iklan
"Berpaksi pada slogan ‘Jupo Sapoh Kutip dan Jange Tohok Koksey’, kita harap orang ramai sensitif dengan barang- barang terbuang itu.
"Kalau boleh tolong kutip walau bukan sampah kita.
Iklan
"Kita juga harap masyarakat akan biasakan diri buang sampah di tempat disediakan, tong sampah dan sebagainya bukan sesuka hati tanpa rasa bersalah,” katanya kepada Sinar Harian mengadakan kempen berkenaan di Dataran Ilmu, di sini.
Mengulas lanjut, Mohamad Syafiq berkata, usaha bagi memastikan persekitaran daerah Jeli sentiasa terjaga dan bersih memerlukan kerjasama dan komitmen semua.
Iklan
"Jika pihak berkuasa tempatan sahaja main peranan ia tak memadai.
"Aspek kebersihan merupakan agenda utama kerajaan negeri dalam memastikan Kelantan sentiasa bersih,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>