Polis Johor lupus dadah RM14.6 juta
Iklan
JOHOR BAHRU - Polis Johor melupuskan sebanyak 877.4 kilogram (kg) dan 251.63 liter pelbagai barangan kes serta dadah bernilai RM14.6 juta semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay berkata, semua dadah berkenaan selesai proses analisis kimia dan perundangan membabitkan 3,844 kes dalam tempoh tahun 2008 hingga 2019.