Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
Pengukuhan dolar AS susulan penyusutan minat risiko dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat dan Eropah ekoran kebimbangan terhadap pandemik Covid-19 menjejaskan permintaan ke atas ringgit semasa dibuka hari ini. - Foto 123RF
KUALA LUMPUR - Pengukuhan dolar AS susulan penyusutan minat risiko dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat dan Eropah ekoran kebimbangan terhadap pandemik Covid-19 telah menjejaskan permintaan ke atas ringgit semasa dibuka hari ini.
Pada jam 9 pagi, unit tempatan susut kepada 4.1300/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1200/1250 ketika ditutup pada Isnin.
Iklan
Iklan
Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, AxiCorp, Stephen Innes berkata, sifat dagangan mata wang yang tidak menentu buat masa ini menunjukkan ketika saham AS jatuh, dolar AS pula meningkat, mencerminkan dominasi dolar AS dalam permintaan apabila wujud sentimen risiko yang lemah.
"Melangkah ke hadapan, saya berpandangan ringgit akan terus didagangkan dengan bergantung kepada prestasi renminbi China dan pergerakan harga minyak mentah namun dijangka kekal pada kedudukan defensif menjelang keputusan FTSE Russell mengenai Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI),” katanya dalam nota penyelidikan.
Iklan
Pada masa ini, penanda aras minyak mentah Brent diniagakan 0.29 peratus lebih kukuh pada AS$41.56 setong.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Iklan
Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0312/0396 daripada 3.0305/0353 ketika ditutup semalam namun naik berbanding pound Britain kepada 5.2930/3067 daripada 5.2942/3010.
Mata wang tempatan susut berbanding euro kepada 4.8594/8728 daripada 4.8546/8617 tetapi kukuh berbanding yen kepada 3.9461/9560 daripada 3.9551/9610.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>