RoS perlu campur tangan dalam kemelut MTUC
Iklan
Barisan pemenang bagi persidangan perwakilan MTUC bagi sesi 2020-2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam semalam
SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) diminta campur tangan dan mengambil tindakan segera berhubung kemelut berlaku terhadap Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Bekas Presiden MTUC, Tan Sri Zainal Rampak berkata, peranan RoS amat penting ketika ini bagi memastikan kelancaran pemilihan pimpinan baharu berlangsung mengikut peraturan yang terdapat dalam Perlembagaan MTUC.
Iklan
Iklan
"Sebelum ini, saya telah berjumpa dengan RoS untuk meminta mereka campur tangan kerana kemelut ini tidak dapat diselesaikan oleh orang-orang yang ada sekarang.
"RoS perlu campur tangan dan mengambil tindakan segera dengan mengarahkan supaya Mesyuarat Majlis Am MTUC diadakan untuk membuat keputusan mengikut perlembagaan dan mengadakan mesyuarat perwakilan dengan memberi masa yang cukup,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Undian seri, MTUC buntu tentukan calon Presiden
Iklan
Mengulas mengenai pemilihan dan keputusan semasa, beliau mendakwa, ia tidak sah kerana tidak mengikut peraturan Perlembagaan MTUC.
"Sepatutnya mesyuarat am MTUC perlu diadakan terlebih dahulu bagi melaksanakan beberapa perkara; antaranya meluluskan laporan tahunan, laporan kewangan, penyata audit dan memberikan masa sebelum mesyuarat perwakilan bersidang.
Iklan
Zainal Rampak
"Jumlah perwakilan perlu mengikut prosedur wakil yang datang mengikut jumlah ahli yang diisytiharkan dalam borang M yang diserahkan kepada Pendaftar Kesatuan Sekerja,” katanya.
Mengulas mengenai empat kesatuan telah pergi ke mahkamah untuk mencabar kesahihan persidangan dengan alasan persidangan perwakilan khas itu tidak selari dengan Perlembagaan MTUC, Zainal berkata, keempat-empat kesatuan tersebut berhak membawa kes tersebut ke mahkamah.
Katanya, ia bagi mendapatkan keputusan tepat dalam kemelut MTUC.
"Pada pandangan saya, selaku mantan Presiden MTUC, pemilihan kali ini bercanggah dengan perlembagaan. Mereka telah mengkhianati perlembagaan dan inspirasi kesatuan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>