Body shaming kesalahan jenayah
Iklan
Abdul Hamid
KUALA LUMPUR - Perbuatan mengutuk, menghina dan mencaci bentuk tubuh seseorang adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan undang-undang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, undang-undang yang terpakai di Malaysia untuk menangani pelakuan jenayah berkenaan adalah di bawah Seksyen 233(1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Iklan
Iklan
"Mereka yang didapati bersalah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, manakala kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun.
"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula, seseorang yang didakwa boleh didenda tidak melebihi RM100,” katanya kepada Sinar Ahad di sini semalam.
Iklan
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata, pihaknya akan membantu siasatan polis dari segi teknikal berhubung sebarang laporan yang diterima.
"Individu yang menjadi mangsa jenayah body shaming di media sosial perlu membuat laporan polis sebelum merujuk kepada SKMM.
Iklan
"SKMM akan membantu dari segi siasatan berkaitan teknikal untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, jika ada bukti dan perkara itu disahkan polis, SKMM akan memaklumkan kepada Google dan YouTube berasaskan laporan polis yang diterima sebelum tindakan sekatan akaun dibuat.
Suharnizan (tengah) bersama-sama pasukan peguamnya di hadapan IPD Johor Bahru Selatan, Larkin selepas membuat laporan polis mendakwa dihina seorang personaliti media sosial.
"Google berhak dan akan sekat akaun individu terlibat. Ini kerana setiap orang yang menggunakan akaun Google perlu mematuhi terma yang ditetapkan,” katanya.
Sebelum ini, seorang wanita membuat laporan polis susulan dakwaan seorang influencer menghina bentuk fizikalnya menerusi laman Facebook secara langsung.
ARTIKEL BERKAITAN: Pesuruhjaya Sumpah dihina personaliti media sosial buat laporan polis
Suharnizan Md Sidek, 37, yang merupakan seorang Pesuruhjaya Sumpah mendakwa personaliti media sosial, Eira Aziera mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memaparkan gambar dirinya berserta anaknya tanpa pengetahuannya selepas dia meninggalkan komen di ruangan komen personaliti terbabit di media sosial.
Eira Aziera telah memaki hamun Suharnizan dan mengeluarkan kata-kata kesat mengejek bentuk tubuh badan Suharnizan.
Bagaimanapun, Eira Aziera kemudian telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di halaman Facebooknya pada Selasa lalu.
Dia mendakwa gagal mengawal emosi sehingga tutur dan katanya menyinggung banyak pihak.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah pasar awam di setiap negeri dibangunkan sebagai mercu tanda dan destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sasaran itu memberi tumpuan kepada pasar awam berpotensi, khususnya di kawasan pelancongan serta ibu negeri menerusi pendekatan transformasi reka bentuk dan kemudahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806572/berita/nasional/kpkt-sasar-satu-pasar-awam-setiap-negeri-jadi-produk-pelancongan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.