Sarawak Pay catat 13 juta urus niaga: Abang Johari
Iklan
SIBU - Sarawak Pay, aplikasi dompet elektronik atau e-wallet urus niaga membeli-belah tanpa tunai yang diperkenalkan kerajaan negeri kini semakin popular apabila ia merekodkan sebanyak 13,789,499 urus niaga bernilai kira-kira RM588,252,980 sejak dilaksanakan November 2017.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, angka tersebut jelas menunjukkan Sarawak Pay dengan penggunanya seramai 443,396 orang dan 64,254 peniaga yang berdaftar diterima sebagai gaya hidup baharu rakyat Sarawak ketika ini.