Dicekup polis, geng Ysuku tak sempat kenduri ikan patin

Iklan
Polis menahan sembilan lelaki kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Pantai Timur, hari ini.

TEMERLOH - Sekumpulan lelaki yang melakukan aksi berbahaya ketika berkonvoi dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menikmati hidangan ikan patin di sini terkejut apabila ditahan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi Ops Samseng Jalanan hari ini.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aksi mereka dikesan kira-kira jam 11.15 pagi ketika sedang melakukan tunggangan dengan laju dan berbahaya seperti zig-zag dan menundukkan badan.

Iklan
Iklan

"Aksi sembilan lelaki itu dikesan bermula dari Kilometer (KM)105 sehingga KM115.

"Mereka dikatakan dari Kuala Lumpur ke Temerloh untuk makan ikan patin. Tidak lama kemudian, semua penunggang motosikal terbabit berhenti di Plaza Tol Temerloh sebelum ditahan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Beliau berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk siasatan.

Katanya, polis turut menyita kesemua motosikal Yamaha Y15ZR.

Iklan

Tegasnya, kesemua yang ditahan kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.