PRN Sabah: Pendirian Pas demi perpaduan ummah

Iklan
Kamaruzaman

SHAH ALAM - Pas terus teguh bersama rakan-rakan politik Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, ini kerana agenda lebih besar dan keutamaan parti itu ialah membina Sabah bersama rakan-rakan komponen.

Iklan
Iklan

"Untuk itu, Pas mengambil keputusan yang tidak popular demi mencapai matlamat tersebut selari dengan kenyataan Tuan Guru Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengelak berlakunya pertembungan lebih dua penjuru.

ARTIKEL BERKAITAN: Jentera Pas tetap bantu walau tak tanding PRN Sabah

Iklan

PRN Sabah: Pas beri laluan demi muafakat

"Menjadi perkara yang lebih utama adalah bagi memastikan kepentingan Islam dan perpaduan ummah terpelihara. Malah, keutamaan dalam memastikan kerjasama terus utuh berbanding membiarkan peristiwa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kembali berulang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Semalam, Abdul Hadi menyatakan Pas mengambil pendirian memberikan laluan kepada rakan PN bagi memelihara permuafakatan serta mengambil kira implikasi politik pada masa depan.

Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata, Pas tetap konsisten dengan agenda menyelamatkan negara dan ummah agar terus hidup bermasyarakat majmuk, membangunkan negara menurut syariat Islam serta Perlembagaan Persekutuan.

"Keputusan yang dibuat diterima sebulat suara oleh seluruh ahli Pas sama ada di peringkat Sabah mahupun di Semenanjung dengan penuh taat dan akur demi mencapai agenda yang lebih utama," katanya.