Kakitangan Kemas didakwa terima suapan
Iklan
Norshahril diriingi pegawai SPRM selepas tidak mengaku bersalah atas tuduhan memperoleh suapan bagi kontrak kerja pembekalan Kemas di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini.
MELAKA - Seorang pembantu tadbir kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Melaka didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini atas tuduhan memperoleh suapan bagi kontrak kerja pembekalan jabatan itu pada empat tahun lalu.
Tertuduh, Norshahril Ramlee, 39, mengaku tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan dibacakan dan meminta dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
Iklan
Iklan
Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, dia didakwa menerima RM2,410 daripada Fara Dilla Tamrin sebagai upah memberikan kerja pembekalan peralatan, alat tulis dan sijil program bagi jabatan berkenaan kepada perniagaan Kertas Enterprise dan Perniagaan Dil Jamal Enterprise.
Perbuatan itu dilakukan menerusi tiga transaksi berasingan dalam tempoh 14 April hingga 25 November 2016 di Jalan Melur 1,Taman Peringgit Jaya.
Iklan
Bagi semua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwanshah Abdul Samat yang mencadangkan jaminan RM5,000 manakala tertuduh yang diwakili peguam Fahmy Sulaiman memohon jaminan dikurang dengan alasan tertuduh hanya berpendapatan RM1,600 selain menanggung isteri, tiga orang anak bersekolah dan ibu mertua.
Iklan
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM2,500 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap bulan ke pejabat SPRM.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 15 Oktober depan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>