Dua cedera langgar bas sekolah buat pusingan U
Iklan
eksiden
JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Dua lelaki cedera apabila motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah bas sekolah yang sedang melakukan pusingan U di Jalan Permas Utara di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, bas sekolah berkenaan gagal melakukan pusingan U dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu.
Iklan
Iklan
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu bas sekolah membuat pusingan U sebelum bertembung dengan motosikal yang berada di laluan lurus di Jalan Permas Utara.
"Akibat kemalangan tersebut, penunggang dan pembonceng motosikal berusia 24 dan 25 tahun itu mengalami kecederaan, manakala pemandu bas sekolah tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Menurutnya, dua mangsa tersebut masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat.
"Tiada murid atau penumpang lain di dalam bas berkenaan ketika kejadian," katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dua maut nahas tiga kenderaan: 'Ayah dalam perjalanan jemput ibu berniaga di festival makanan' - Anak"><meta itemprop="description" content="Dua maut nahas tiga kenderaan: 'Ayah dalam perjalanan jemput ibu berniaga di festival makanan' - Anak
Perjalanan pulang selepas menjemput isteri yang berniaga di festival makanan berakhir tragedi apabila seorang sarjan polis maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 52.5 Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), awal pagi Isnin.
Anak mangsa, Amirul Hakim Jorari, 30, berkata, bapanya, Jorari Jusoh, 58, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, dalam perjalanan pulang ke Senggarang, Batu Pahat selepas mengambil ibu tirinya, Yuli Helmiyati Mohd Salleh, 51, yang berniaga di food festival berhampiran Bandar Penawar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804851/edisi/johor/dua-maut-nahas-tiga-kenderaan-ayah-dalam-perjalanan-jemput-ibu-berniaga-di-festival-makanan---anak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #Kemalangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-16T08:40:41.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P118S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbx2ole"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbx2ole"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbx2ole"></script>