JPV Terengganu lupus lima kuda dijangkiti AHS
Iklan
Lima ekor kuda yang dikesan menghidap penyakit kuda Afrika (AHS) di Terengganu akan dilupuskan bagi membendung penularan penyakit itu. Foto: 123RF
KUALA TERENGGANU - Lima ekor kuda yang dikesan menghidap penyakit kuda Afrika (AHS) di Terengganu akan dilupuskan bagi membendung penularan penyakit itu, kata Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr Mohd Termizi Ghazali.
Beliau berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan kuda lain dijangkiti AHS, apatah lagi negeri ini menjadi tumpuan sukan kuda lasak.
Iklan
Iklan
"Ini adalah kes pertama melibatkan wabak AHS dan kita dapati kesemua haiwan yang berusia tujuh hingga 15 tahun ini telah dijangkiti AHS pada 27 Ogos lalu selepas sampel darah haiwan tersebut dihantar ke makmal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dr Mohd Termizi berkata, proses pelupusan kesemua haiwan berkenaan akan dijalankan oleh pasukan khas JPV Terengganu dan Putrajaya melalui kaedah suntikan dan menurutnya perintah pelupusan haiwan yang dijangkiti wabak berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 19 Akta Binatang 1953 (Akta 647).
Iklan
Iklan
Beliau berkata, AHS hanya menjangkiti kuda dan tidak melibatkan manusia.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>