KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung aduan yang dibuat mengenai pusat perjudian haram di kawasan Ampang pada tahun 2016.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu dan menyatakan ia adalah kali kedua Jamal memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan kes tersebut.