Modul baharu elak pelajar agama terjebak fahaman liberal
Iklan
Satiful Bahri (empat, dari kiri) dan Mat Azmi (tiga dari kanan) bergambar bersama empat penerima Anugerah Khas Exco Pendidikan dalam Majlis Hafl El-Takrim Pelajar Cemerlang SPM, STAM dan STPM 2019 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), semalam.
KUALA TERENGGANU - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan memperkenalkan Modul Kepemimpinan Pelajar bagi mencegah golongan itu terjebak dalam fahaman liberal dan masalah sosial lain yang disebarkan menerusi internet.
Pesuruhjayanya, Mat Azmi Arshad berkata, modul baharu itu akan diperkenalkan di 10 buah sekolah menengah agama (SMA) yang dikendalikan di bawah jabatan itu.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, Bahagian Pendidikan JHEAT kini dalam proses merangka kurikulum baharu berkaitan kepimpinan pelajar untuk diaplikasikan di semua SMA negeri di bawah kendalian JHEAT.
"Ini adalah antara pendekatan diambil di mana kita meminta Bahagian Pendidikan JHEAT mewujudkan kurikulum baharu dari segi kepimpinan agar pelajar terhindar daripada gejala tidak sihat.
Iklan
"Sejak dahulu lagi sekolah agama di Terengganu menjadi contoh dari segi kepimpinan pelajar misalnya di SMA Sultan Zainal Abidin, jadi saya berharap kurikulum baharu itu dapat diperkenalkan sekali gus melahirkan golongan pelajar yang cemerlang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hafl El-Takrim Pelajar Cemerlang SPM, STAM dan STPM 2019 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini semalam.
Iklan
Turut hadir, Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat.
Mat Azmi berkata, antara sekolah terlibat ialah SMA Khairiah, SMA Sultan Zainal Abidin, SMA Mahmudiah, SMA Sultan Ismail, SMA Maarif, SMA Marang, SMA Setiu, SMA Ittifakiah, SMA Al-Falah dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI).
"Setakat ini kertas konsep berkaitan kurikulum itu sudah disediakan dan akan dibawa ke peringkat seterusnya,"katanya.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.